Sedang duduk bersandar di tepi dinding masjid, mataku tiba-tiba terarah kepada sekujur tubuh yang sedang berdiri di depan pintu masuk masjid.
Pakaiannya mengingatkan tentang Yaman.
Ah, sebak.
Ku amati dirinya yang sedang berjalan masuk ke ruang solat wanita.
" Ustazah...." Hati ini terdetik. Sungguh, aku rindu kepada ustazah-ustazahku yang tika ini berada di Yaman.
-------------------------------------
" Ustazah, kenapa saya mudah lupa surah-surah yang saya dah hafal? Padahal ianya cuma surah pendek. " Aku bertanya kepada Ustazah Hana', beliau merupakan ustazah yang bertanggungjawab mengajarku nahu semasa di Yaman. Lembut peribadinya, persis seorang ibu.
Ustazah sekadar tersenyum. Kemudian beliau berkata ,
" Cuba bayangkan kalau Allah tak buat kita lupa, agaknya kita akan mengulang hafazan atau tidak? "
Ustazah menyambung lagi, " ....usaha kita untuk mengulang hafazan tu Allah kira dan Allah lihat...sabar ya Nahawan dan berusahalah untuk jadi hafizatul Qur'an.."
Subhanallah. Nasihat ustazah sangat menyentuh hati walaupun aku bukanlah hafizatul Qur'an, jauh sekali.
Aku cuba mengaitkan konsep itu dengan keadaan kita sebagai manusia yang sering khilaf. Kenapa iman itu naik dan turun. Kenapa sekejap kita beriman, sekejap kita seolah-olah lupa tentang keimanan.
Barangkali jika kita tidak pernah khilaf, kita tidak akan bermuhasabah, tidak akan sedar banyaknya dosa kita dan tidak akan berusaha untuk menambah amal kebaikan.
.....وأتبع السيئة الحسنة تمحها....
"Ikutilah segera kejahatan dengan kebaikan, nescaya kebaikan itu menghapuskannya."
Yang penting berusahalah untuk membaiki diri.
Ya, rindu ustazah serindu-rindunya. Allahu.... Selamatkanlah ahlul Yaman 😢
------------------------------------
Buat sahabat yang sedang berusaha untuk mengulang hafazan, sabarlah ya dan teruskan usahamu untuk menjadi hafizatul Quran. Believe where Allah put you in. Usaha dengan sebenar-benar usaha, Allah tidak akan zalim terhadapmu.
Allahumma solli'ala sayyidina Muhammad ❤️
No comments:
Post a Comment