Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memerhatikan apa yang telah disediakannya untuk hari esok (Akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan. -AlHashr : 18
Tuesday, 31 March 2015
Bila nak kahwin?
Sunday, 15 March 2015
Mampukah aku bertemu lelaki sepertinya?
Wednesday, 4 March 2015
Betul ke kita takut kepada Allah?
Sunday, 1 March 2015
Cerita Cinta Seorang Ibu.
Dia, adalah seorang wanita yang telah mengandungkan ku selama 9 bulan dan telah bersusah payah menjaga ku selama hampir 11 tahun.
Dia, adalah seorang wanita yang sentiasa berusaha untuk mendidikku menjadi seorang muslimah sejati sejak aku masih di usia kanak-kanak kerana aku nyata berbeza dari anak-anak perempuan yang lain.
Dia, adalah seorang wanita yang sanggup bersengkang mata menjagaku di kala aku sakit menahan sempitnya dada, kerana penyakit asthma.
Dia, adalah seorang wanita yang sentiasa setia menungguku di tepi pagar sekolah setiap kali habis sesi persekolahan.
Dia, adalah seorang wanita yang sangat memahami kegemaranku, sifatku, keadaanku dan yang sentiasa bersabar dengan karenahku. Tidak pernah walau sekali aku ditengking.
Dia, adalah seorang wanita yang bijak menjadikan dirinya sebagai contoh untuk diikuti oleh anak-anak. Dari kecil, aku diajar untuk bangun malam, diajar untuk memakai stokin, diajar untuk menutup aurat dengan baik, diajar untuk menjaga solat, diajar untuk sentiasa berlemah lembut, diajar untuk menjadikan Al-Quran dan zikir sebagai halwa telinga....Tapi sayang, waktu itu aku tidak mengerti. Hanya kini aku memahami erti perbuatannya.
Dia, adalah seorang wanita, yang tidak mungkin dapat diganti kedudukannya oleh sesiapa pun...
Dialah, ummi yang aku sayangi dan cintai seluruh jiwa dan ragaku, Paizah Binti Mohd Yusoff.
" Nanti Ummi nak duduk pondok...Minta tolong Ayah buatkan pondok untuk Ummi.."
" Ummi, Kak Cik nak ikut Ummi..."
Pasti, aku bakal menyusuli mu wahai Ummi. Nantikanku di pintu Syurga. InshaAllah.
Allahumaghfirlaha warhamha Ya Rahman Ya Raheem.
