Thursday, 13 March 2014

Cinta siapa yang menghidupkan?

Kebanyakan manusia,kasihnya terhadap kita bersebab.

Kerana itu banyak berlaku,bila lenyapnya sebab,maka akan lenyap juga kasihnya terhadap kita.

Sebab kita berduit.
Sebab kita miliki kedudukan yang baik.
Sebab kita cemerlang dalam pendidikan.
Sebab kita miliki paras rupa yang elok.
Sebab kita berkuasa atau hebat.

Dan sebagainya.



Hanya Allah,satu-satunya yang mengasihi kita tanpa sebab.

Sama ada hitam atau putih,miskin atau kaya,cerdik atau bodoh,cantik atau hodoh,gemuk atau kurus..Allah tetap juga mengasihi kita.

Jadi,bilamana merasakan diri tidak disayangi dan dihargai,ataupun disayangi dan dihargai hanya kerana apa yang ada pada diri,pandanglah ke langit dan katakan pada diri

"Allah ada dan cukuplah Allah bagiku."

Menjadi diriku.

"Amboi,jangoknya." Sambil sengih-sengih dia pandang saya.

"Jangok ke?Hehe.Bukan jangok pun,tapi sebab Kak Cik jarang pakai macam ni.Atif kan tak pernah tengok."

Dia masih dengan senyuman,sambil memandang saya.

"Kenapa?Tak cantik ke?" Saya cuba untuk mengorek rahsia di sebalik senyuman dia.

"Tak ada cakap pun tak cantik."

Dia diam seketika,sebelum menyambung ayat seterusnya.

"Tapi Atif suka tengok Kak Cik pakai tudung macam biasa."

Erkkk.Saya telan liur.Dalam maksud kata-kata budak ni,fikir saya.

Kemudian dia sambung lagi "When you wear tudung like the way you used to,it shows the real you.And I bet you're not comfortable wearing like this,right?"

"Pakai tudung gaya apa pun,yang paling penting,is to please Allah alone.It's not to please people.Kemudian,yang penting kemas dan selesa.But for me,I prefer gaya tudung yang reflect modesty si pemakai."

Hohohoho,so I just remained silent and smileeeeeeeeee ;D

K,define modesty 

Bella lar ni ajar aku pakai tudung gaya pelik-pelik keke salahkan orang pulak sigh (=,=)

Well,secara konklusinya tak salah pun pakai tudung gaya macam-macam,yang penting seperti telah tertulis di atas :

-to please Allah alone.
-not to please people.
-kemas
-selesa
-reflect your modesty

-ikut syariat,yang ni tak yah ceritalah..syarat utama kot (^^,)

Semoga Allah redha,menjadi diriku itu lebih baik.

Nilai seorang muslimah.

"Kak Cik.."

Dia panggil saya.

"Yep?"

"Bila dah besar ni,baru Atif faham dan rasa maksud sebenar hadith yang kata sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah tu."

"Oh,mmm.."
Hanya itu jawapan saya.Kemudian kami sama-sama diam,menghabiskan makanan yang masih bersisa di atas pinggan.

Bila pulang ke mahallah,fikiran saya kembali memikirkan maksud sebenar ayat dia petang tadi.Dia seolah-olah cuba nak beritahu saya..

"Kak Cik,you know the importance of being a muslimah solehah in our society nowadays.So,be one of them.You know the value of being a muslimah solehah in front of Allah SWT.So,be one of them.And I know,it's hard because life is,never was easy.Kak Cik,please try you best.No matter how hard you fall and stumble on the ground,never give up.Be one of them!"

Mengambil setiap kata-kata yang keluar dari bibir manusia,tidak kira siapa mereka,sebagai ayat-ayat penguat semangat,motivasi kepada diri sendiri.Who knows,Allah sent them to you,even when you're not realizing it.Tak rugi bersangka baik kepada Allah,kan?

Process of learning,life is.
Never give up.

Hmm,what is the definition of being a muslimah solehah actually?

Sama-sama kita yok!Cari tahu dan berusaha menuju ke arahnya.