Friday, 15 March 2013

Beliau itu,ada di hati ini.

Beliau itu ada di hati ini.

Ku perhati setiap gerak gerinya.Tertawan.Bukan jatuh cinta.Tetapi kagum.
Bibirnya berbicara,penuh dengan kata-kata mutiara yang menjernihkan jiwa.

Professor,pasti ada hikmah Allah SWT izinkan aku menjadi pelajarmu dan engkau menjadi pendidikku bukan?

Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad.
(Kerana dengan usaha bagindalah aku dapat mengecapi Islam,merasai manisnya kasih sayang atas dasar Iman)

Aku bersyukur kepada Allah SWT kerana ditemukan dengan beliau.
Tapi sayang,hampir 25 tahun beliau berkhidmat.Kini tiba masanya beliau berehat.
Dalam diam,seringkali hatiku mendesak untuk mengantar pesanan ringkas kepadanya.

"Prof,please stay for a while.Let me finish my study here in IIUM then after that you shall retire if you want.Dont leave now.."

Dan setiap kali itulah,ada suatu suara berbisik ke telinga.

"Kenapa meminta pada dia?Mintalah pada Tuhan supaya engkau diberi kesempatan untuk mencedok ilmu dan kata-kata hikmah dari butir bicaranya.Mohonlah kepada Tuhanmu..."

Gulp.