Tuesday 16 June 2015

We are what we want to eat. Nyum!

Apa yang berlaku apabila ada orang menasihati kita perkara yang kita suka?


Contohnya, kita suka menonton cerita Korea. Kemudian roomate kita datang , " Sudah sudahlah tu tengok cerita Korea. Tak bawa ke mana pun. "


Biasanya apa kita jawab?


" Cerita Korea ni bagus lah. Banyak nilai yang aku dapat. "


Atau, " Jarang-jarang je aku tengok ni.." ( Walaupun sebenarnya hampir setiap hari.)


Manusia suka mendengar apa yang dia mahu dengar, suka membaca apa yang dia mahu baca, suka melihat apa yang dia mahu lihat. Sangat sedikit golongan manusia yang suka mendengar apa yang dia PERLU dengar, membaca apa yang dia PERLU baca, melihat apa yang DIA perlu lihat.


Jadi, perkara biasa lah apabila kita cuba untuk nasihat orang tentang perkara yang mereka suka, (walaupun perkara itu tidak baik untuknya) dan respon yang kita akan dapat adalah ;


" Eh tak payah nak syadid sangat."


" Eh kau dengki kan? "


" Tegurlah dengan cara berhikmah. " ( Tahu ke berhikmah yang sebenarnya itu bagaimana? )


" Eh kenapa kau nasihat aku. Ini bukan haram pun! "


Begitulah. Sedangkan perkara yang jelas haram pun ramai manusia yang masih cuba untuk memberi justifikasi yang menghalalkan ia.


" Aku hisap rokok sebatang je pun sehari. Stress la kalau tak merokok. "


Betapa banyak perkara kebaikan tetapi telah menjadi rosak disebabkan kezaliman kita  ( tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya ). Memakai tudung itu adalah sebahagian daripada menutup aurat tetapi menjadi sesuatu yang mencolokkan mata apabila fesyen yang dikenakan terlalu berlebihan. Humood Al Khuder yang membawa lagu Kun Anta dengan nilai yang baik tak pasal-pasal jadi buruk imej dia bila dijemput hadir ke majlis perkahwinan yang tiba-tiba bertukar menjadi majlis tari-menari. Lagu Kun Anta boleh jadi background muzik untuk tari-menari? Hmmm. Fatih Sefaragic yang hafiz Al Quran tiba-tiba dipersalahkan apabila ramai anak gadis kita yang tergilakan dia. Hiburan dari Korea memang ada nilainya tetapi menjadi sesuatu yang menjijikkan apabila anak gadis kita terlalu attached to it, sehingga tidur malam pun peluk bantal ada muka artis Korea!


Salah siapa?

Bukan salah siapa-siapa. Haha. 


Masyarakat tidak faham, kita juga masih belum cukup usaha untuk memberi kefahaman. Kita cuma bercakap depan skrin laptop/handphone, belum pernah cuba menyelami realiti sebenar masyarakat kita.


Yang perlu disiram adalah bahagian akar, supaya dapat tumbuh dengan baik. Bila kita cuba mengubah yang zahir, percayalah perubahan itu hanya sementara. Ubah dari dalam, yang di luar akan bertambah cantik. Wallahu'alam.

Saturday 6 June 2015

20 cents

I still remember the first time I went to Australia in 2012.


Masa tu baru pakai tudung labuh. Tudung labuh yang bulat tu, yang orang kata macam khemah tu. Hehe.


Thinking that I'm going to a foreign country, mulalah gelabah tak tahu nak pakai tudung apa.


Masa tu takut kalau-kalau bila pakai tudung bulat, akan nampak sangat " kepelikannya " memandangkan yang lain semua pakai tudung satu fesyen sahaja. Selalu terfikir, tak boleh ke pakai tudung lain but still jaga aurat?


To be honest, I decided to wear a fancy tudung. Not so fancy, tapi penuhlah corak bunga. Pinjam tudung kakak, labuh tutup dada dan belakang tapi penuh corak bunga.


Everything went well sampailah tiba di Brisbane Airport.


I was the only one among the sisters together with Ayah yang kena tahan dengan officer kat sana and I was like " Apa salah aku? " Masa tu, Allah je tahu betapa cuaknya tapi Alhamdulillah sebab Ayah dan Mama ada so tak takut sangat.


Officer tu soal siasat Mama. Setakat yang saya ingat, dia tanya betul ke saya ni satu trip dengan mereka ( it was a family trip ) . Cuak, sangat cuak.


Bila dah selesai semua, barulah Mama cerita kenapa kena tahan. Rupa-rupanya sebab di passport saya dan Ayah ada cop visa Arab Saudi sebab beberapa bulan sebelum tu kami ke Haramain.


Masa tu terfikir juga, nasib baik pakai tudung fancy. Haha, kalau tak mesti lagi lama kena tahan.


From that point, saya mula cuba untuk memahami fiqh menutup aurat. Eh, menutup aurat pun ada fiqh ke? Hehe, buat istilah sendiri. Tak tahulah ada atau tak.


Pakai tudung ni, it doesnt matter what kind of tudung that you wear provided you follow the guidelines and never go beyond the limits. You know why you wear it regardless of what other people will think of you. Kita boleh tipu orang lain tapi kita tak boleh tipu diri sendiri.


Plus, kena bijak sesuaikan diri dengan keadaan. Islam itu fleksible, ia hanya mewajibkan menutup aurat tetapi tidak pula diwajibkan tudung labuh mana takat mana, tidak juga diletak fesyen tudung macam mana yang diterima Islam dan sebagainya.


Kita mungkin mahu orang thiqah terhadap kita menyebabkan kita bermati-matian menjaga prinsip kita. Tudung labuh bulat, sampai matilah tudung labuh bulat sedangkan shawl atau tudung bidang jika labuh, tetap juga menutup aurat. Kenapa perlu pesimis dengan orang lain yang memilih untuk pakai tudung gaya lain dari kita sedangkan dia juga memelihara aurat dia. Kita tolak tepi lah yang pakai tudung fesyen pelik pelik tu.


Coming back to my point, kenapa begitu sempit kita berfikir? Adakah bermakna tudung labuh bulat itu jika akhlak kita , amal kita tidak selabuh tudung kita? 


As I grow up, eceh grow up gitu, I started to feel annoyed bila ada orang suka menghukum berdasarkan labuhnya tudung, bulatnya tudung tanpa memerhatikan the reason behind. Sebagaimana bila ada usatazah-ustazah kita yang tukar gaya tudung, maka ramailah yang bertanya " Kenapa ustazah dah makin fashionable sekarang? " Nak tanyalah sikit, berkurang ke ilmu ustazah bila dia tukar gaya tudung dia?


Lebih annoyed lagi bila ada naqibah yang tercabar tudung mad'u dia lagi labuh dari tudung dia. Ya, tak kelakar. Sangat tak kelakar.


Later when you have money, go and travel. You'll see a bigger thing rather than keeping yourself busy with other's tudung. Alhamdulillah Allah beri keizinan untuk menumpang ihsan insan lain, maka dapat travel melihat dunia. Perhaps it is one of the reason why Allah SWT mention in Al Quran, He created human in nations and tribes so that we may know each other. The most noble among us in front of Allah is the most righteous. May Allah grants us the rightneouseness Aaminn.


Wallahu'alam. Just another story of my life that make me ponder how beautiful Islam is. Kitalah yang menyempitkan dan memburukkan ia dengan kejahilan dan kezaliman kita.

Thursday 4 June 2015

Small small thing.

Makcik cleaner tolong sapu sampah depan bilik kita, pernah kita kisah?

Pakcik tukang kebun yang sentiasa senyum pada kita bila kita berjalan nak ke kelas, ada kita kisah?

Kawan yang hantar mesej tanya khabar kita, sedang kawan yang lain tak pernah tanya khabar kita, ada kita kisah?

Adik-beradik kita yang berusaha untuk berbicara dengan kita dengan nada yang baik, walaupun kita selalu jawab dengan nada yang kasar, ada kita kisah?

Roomate kita yang selalu sabar kejutkan kita bangun pagi-pagi, ada kita kisah?

Orang sekeliling yang sering beri kita nasihat percuma, walaupun kita serabut, ada pernah kita kisah?

Sahabat kita yang sabar layan karenah kita yang mengada-ngada tu, ada kita kisah?

Teman kita bercerita kepada kita rahsianya, sebab dia percaya pada kita, pernah kita kisah?

Ada orang tolong bukakan pintu untuk kita, bila dia tengok kita tengah bawa banyak barang, ada kita kisah?

Serius, ada ke kita kisah benda-benda yang kita anggap kecil ni?


( Baca ada kita kisah : ada kita hargai ? )

Manusia.
Ya, kita manusia.
We tend to overlook small small thing, sebab kita anggap ; " Alahhh....benda biasa. "

Ya, sebab kita anggap perkara-perkara sebegini sebagai perkara biasalah yang menyebabkan kita sentiasa menantikan perkara-perkara yang besar untuk berlaku, barulah kita akan rasa macam : " Wah MashaaAllah baiknya dia. " Perkara-perkara besar seperti, ada orang belikan kita makanan, ada orang hiburkan hati kita dengan lawak jenaka dia, ada orang hadiahkan kita bunga atau coklat dan sebagainya.

Sekaligus juga menyebabkan kita jarang untuk melakukan kebaikan-kebaikan kecil seperti ini terhadap orang lain. Boleh kira berapa kali kita senyum pada makcik cleaner, pada sahabat-sahabat yang kita bertemu sepanjang jalan menuju ke kelas, boleh kira berapa kali bila kita memandu kita beri laluan kepada pejalan kaki, boleh kira berapa kali kita hubungi sahabat kita yang jauh, boleh kira berapa kali kita buat kebaikan-kebaikan kecil yang lain?

Good thing start with a small thing.
I guess we should learn how to appreciate small thing,
Dunia ini tidak akan berubah dengan perubahan yang besar sekaligus, ia bermula dengan perubahan yang kecil. Bermula dari setiap orang. You want to change the world? Change yourself first.

Just to ponder, begitu jugalah attitude kita terhadap Allah.
Nikmat-nikmat kecil yang Allah beri, pernah kita kisah? Kita sentiasa menantikan nikmat-nikmat yang besar, sedangkan nikmat-nikmat yang kita nggap kecil ini pun, belum pernah kita syukuri. Kemudian kita merungut Allah tidak memakbulkan doa kita.

Alangkah,.
Tidak malukah wahai diri sendiri? :(

Saturday 9 May 2015

Masalah cinta.

Salahkan mak ayah sebab tak bagi kahwin, salahkan mak ayah yang menjadi punca masalah kita terpaksa bercinta lama-lama, sampai ke sudah tak kahwin.

Padahal kita yang mula-mula cari masalah. Masalah ada dua, pertama yang datang bergolek tanpa diundang dan kedua yang  kita cari.

Siapa suruh bercinta sedangkan kita tahu kita belum mampu untuk menikah?

" Eh. Salah ke bercinta? "

" Bercinta tak salah. Cara bercinta itu yang salah. "

Fitrah itu untuk diurus, bukan untuk dituruti membabi buta.

Kita sedang membina generasi, jangan rosakkan generasi masa depan dengan dosa kita.

Cukuplah dengan segala kegobrokan yang ada pada hari ini.

Friday 17 April 2015

Ikutilah kejahatan dengan kebaikan.

Sedang duduk bersandar di tepi dinding masjid, mataku tiba-tiba terarah kepada sekujur tubuh yang sedang berdiri di depan pintu masuk masjid.


Pakaiannya mengingatkan tentang Yaman.


Ah, sebak.


Ku amati dirinya yang sedang berjalan masuk ke ruang solat wanita.


" Ustazah...." Hati ini terdetik. Sungguh, aku rindu kepada ustazah-ustazahku yang tika ini berada di Yaman.


-------------------------------------


" Ustazah, kenapa saya mudah lupa surah-surah yang saya dah hafal? Padahal ianya cuma surah pendek. " Aku bertanya kepada Ustazah Hana', beliau merupakan ustazah yang bertanggungjawab mengajarku nahu semasa di Yaman. Lembut peribadinya, persis seorang ibu.


Ustazah sekadar tersenyum. Kemudian beliau berkata , 


" Cuba bayangkan kalau Allah tak buat kita lupa, agaknya kita akan mengulang hafazan atau tidak? "


Ustazah menyambung lagi, " ....usaha kita untuk mengulang hafazan tu Allah kira dan Allah lihat...sabar ya Nahawan dan berusahalah untuk jadi hafizatul Qur'an.."


Subhanallah. Nasihat ustazah sangat menyentuh hati walaupun aku bukanlah hafizatul Qur'an, jauh sekali. 


Aku cuba mengaitkan konsep itu dengan keadaan kita sebagai manusia yang sering khilaf. Kenapa iman itu naik dan turun. Kenapa sekejap kita beriman, sekejap kita seolah-olah lupa tentang keimanan.


Barangkali jika kita tidak pernah khilaf, kita tidak akan bermuhasabah, tidak akan sedar banyaknya dosa kita dan tidak akan berusaha untuk menambah amal kebaikan.


.....وأتبع السيئة الحسنة تمحها....

"Ikutilah segera kejahatan dengan kebaikan, nescaya kebaikan itu menghapuskannya."


Yang penting berusahalah untuk membaiki diri.


Ya, rindu ustazah serindu-rindunya. Allahu.... Selamatkanlah ahlul Yaman 😢

------------------------------------

Buat sahabat yang sedang berusaha untuk mengulang hafazan, sabarlah ya dan teruskan usahamu untuk menjadi hafizatul Quran. Believe where Allah put you in. Usaha dengan sebenar-benar usaha, Allah tidak akan zalim terhadapmu.


Allahumma solli'ala sayyidina Muhammad ❤️



Tuesday 31 March 2015

Bila nak kahwin?

Sementara menunggu pensyarah masuk ke kelas, sempat aku menghubungi emak yang berada di kampung.

Beep..beep..beep

" Assalamu'alaikum..." seperti biasa, suaranya yang lembut terlebih dahulu memberi salam kepadaku. 

" Wa'alaikumussalam wbt...Mak, buat apa tu? " Entah mengapa setiap kali berbicara dengan emak, hati ini tenang sekali.

" Tak ada buat apa, tengah duduk-duduk je... " Ya lah tu.. Getus hatiku. Aku tahu sangat emak sebenarnya selalu sibuk dengan pelbagai urusan, tetapi sengaja menyembunyikannya dari pengetahuanku. Mulia sungguh hati emak, sangat mengutamakan diriku berbanding dirinya.

" Mak... Selepas habis final exam nanti ada kawan Angah nak nikah. Rumah dia belah selatan sana. Kita ada apa-apa program ke masa tu? " 

" Kawan yang mana pula nak nikah ni? " Haish mak ni, lain yang ditanya, lain yang dijawabnya.

Suasana sepi seketika. Ini sudah kali ke berapa aku mengkhabarkan kepada emak tentang pernikahan sahabat-sahabatku. Sudah lebih lima kali barangkali.

" Kawan sekelas, satu kuliah dengan Angah ni mak.. " 

" Ya ke... Ramainya kawan Angah nak kahwin. Mak risau kawan-kawan kamu semua kahwin awal, tinggal kamu yang belum kahwin.."

Erk.

Terdiam aku dibuatnya. Hilang kata-kata yang sebentar tadi ku susun di kepala, tinggal untuk diluah sahaja.

" Mak.... Mak yang selalu nasihat Angah sebelum ni untuk percaya kepada perancangan Allah.." Hatiku sebak, entah kenapa. Ish, complicated sungguh hati perempuan. Aku menggerutu sendiri.

" Kenapa lah kamu tolak bila ada orang masuk melamar.." Sayup-sayup aku dengar suara emak di hujung talian.

" Mak.... Tiada yang lebih membahagiakan seorang anak melainkan dapat memenuhi permintaan Abahnya supaya habiskan dulu pelajaran ni. Kawan-kawan Angah bertemu jodoh di awal usia, itu semua aturan Allah yang moga-moga terbaik buat mereka. Angah yakin dengan jalan yang Angah pilih. Mak pun tahu Angah dah istikharah dan sebagainya. Angah bukan tolak mentah-mentah. "

Suasana kembali sepi.

" Mak, kalau ada jodoh tak kemana kan...? Sekarang masanya tak sesuai untuk berkahwin. Untuk memilih pun masih terlalu awal. Redha dan kebahagiaan Abah adalah keutamaan Angah. Selagimana ketaatan ini tidak dimiliki seorang suami, selagi itulah Angah akan taat dan hormat keputusan Abah. " aku kembali bersuara.

Aku dengar suara emak kembali ceria. " Ya lah, mak tahu...Mak saja nak test.. Baguslah jika itu keputusan Angah. Mak senang hati Angah nak bantu Abah melaksanakan tanggungjawabnya dengan sempurna. Tanggungjawab terakhir Abah sebelum Angah bernikah adalah memastikan Angah ada ijazah, mampu untuk sekurang-kurangnya berdiri di atas kaki sendiri."

Aku juga kembali tersenyum. Semoga Allah meredhai pilihan ku ini, yang mana aku yakin kekuatan ini juga datang dari-Nya.

" Baiklah mak... Pensyarah dah masuk kelas. Nanti kita sembang lagi ya. Peluk cium untuk Abah. Pastikan peluk cium betul-betul tau." Hahaha, sengaja aku mahu mengusik emak.

" Hishhh ada-ada Angah ni. Ya lah, belajar baik-baik.Assalamu'alaikum."

Kehidupan, yang pasti akan dihiasi dengan pelbagai kejutan yang tidak disangka-sangka. Semakin dewasa, semakin pelbagai pula aneka warna kisahnya.

Tetapkan matlamat dan mintalah Allah untuk tunjukkan jalan dan cara untuk mendapatkan yang terbaik. Kisah kita tidak akan serupa sama sekali dengan kisah orang lain. Allah ada perancangan-Nya buat kita. Apa yang kita perlu lakukan hanyalah berdoa dan yakin sungguh-sungguh dengan apa sahaja yang berlaku, bahawa Allah tidak pernah zalim terhadap hamba-Nya.


Sunday 15 March 2015

Mampukah aku bertemu lelaki sepertinya?

Sudah lama aku mahukan sebuah basikal. Wang untuk membelinya juga sudah aku kumpul cuma aku belum berkesempatan untuk ke kedai basikal. Bajetku tidak banyak, sekitar RM200-RM300 sahaja mengikut harga standard sebuah basikal biasa.

Suatu pagi, ketika mana aku sedang bersarapan bersama Ayah, mulutku ini terlepas bicara.......

" Ayah, Kak Cik nak beli basikal..." Aduh. Aku mengetuk kepala sendiri. Buat apa beritahu Ayah? Getus hati kecilku.

Seperti biasa, jawapan Ayah cukup ringkas......dan padat. " Okay, nanti kita pergi beli. " 

" Tapi Kak Cik nak beli sendiri. Kak Cik dah ada duit.." Ayah sekadar mengangguk-anggukkan kepalanya sambil segera menghabiskan makanannya, beliau perlu segera keluar bekerja.

Setelah pulang dari kerja, Ayah menegurku yang sedang bermalasan di sofa.

" Jadi ke nak beli basikal? " 
Belum sempat aku menjawab, Ayah terus menyambung ayatnya. "Tunggu Ayah solat Asar. " Kemudian beliau terus berlalu ke biliknya.

Setibanya kami di kedai basikal, aku perhatikan Ayah begitu bersungguh-sungguh memilih basikal yang terbaik untuk anak perempuannya ini. Tauke basikal juga kelihatannya penat melayan kami. Pelbagai jenis basikal telah beliau tunjukkan kepada Ayah. Aku cuma mengikut dari belakang sambil memerhati dan mendengar bicara seorang Ayah.. 

" Mesti beli yang ada gear sebab UIA kawasan berbukit.. Anak saya belajar di sana. "

" Mesti beli yang women-friendly supaya bila dia pakai skirt pun boleh guna. Dia selalu pakai kain. " 

" Mesti beli yang boleh lipat supaya mudah nak simpan. " 

" Mesti beli yang boleh letak buku supaya senang nak ke kelas. "

" Mesti beli yang ada loceng untuk keselamatan (?)....." 

Terasa panas mukaku. Mataku bergenang air jernih...Hampir menitis, tetapi ditahan. 

" Ayah...." Hatiku berbisik. " Aku sendiri tidak pernah terfikir semua perkara yang beliau sebutkan, semuanya untuk kepentingan aku. Allah.... Bagaimana mungkin aku mampu untuk tidak mencintai lelaki ini sepenuh hatiku? "

" Basikal ini okay ke? Kak Cik berkenan ke? Akan guna sentiasa tak?" Soalan bertubi-tubi dari Ayah mematikan lamunanku.

" Hmm? Berapa harganya ni? " Aku bertanya dan soalanku telah dijawab oleh tauke kedai tersebut.

Mahu terbeliak mata! Mana tidaknya, harga basikal tersebut melebihi bajet yang aku ada.

" Mahalnya.. " Getus hatiku.

Suasana sepi seketika. Ayah masih sedang meneliti basikal berwarna merah yang ada di hadapan kami.

" Okay tauke. Saya angkat ini basikal. " tiba-tiba Ayah bersuara. Sekali lagi mukaku terasa panas. " Ayah, mahal ni.... Kak Cik nak beli yang range harga RM200-RM300.."

" Takpelah. Alang-alang beli, beli yang elok terus. Kak Cik beli yang harga macam tu, tak tahan lama..."

Aku terdiam. Sekadar membiarkan beliau yang masih sibuk menguruskan basikal. Disuruhnya pekerja di kedai basikal tersebut supaya mengajar aku cara melipat basikal dengan betul dan sebagainya.

Ayahhhhh. Sungguh, aku rasa seperti mahu peluk beliau pada saat itu ketika itu juga tetapi aku terlalu malu. Buang tabiat kata orang.

Begitu seorang Ayah menunjukkan cinta, bukan melalui kata-kata, tetapi melalui perbuatannya, yang hanya boleh disedari dengan memerhati dan menghargai setiap apa yang dibuatnya.

I do not put a high expectation on how a man should treat me, but my father has shown me a standard on how I should be treated, as a woman.

Ayah, aku sayang Ayah.