Helo untuk pertemuan ini.
Goodbye, kelak kita terpaksa berpisah. "
Assalamu'alaikum wbt.
Alhamdulillahirabbil 'alamin.
Segala puji dan syukur hanya kepada Allah SWT di atas segala nikmatnya.
Salam ukhuwah kepada insan-insan yang membaca blog ini.
Harap kalian sudi mendoakan kebaikan di dunia dan akhirat buat saya dalam doa-doa kalian.
Semoga Allah SWT memakbulkannya,mudah-mudahan Ameen Allahumma Ameen.
Kenapa berblogging ?
Kenapa menulis ?
Kenapa baru bermula ?
Segala puji bagi Allah SWT, sesungguhnya Dia sentiasa memberi peluang dan ruang yang baru kepada setiap hambaNya untuk memperbaiki serta meningkatkan nilai kehidupan.
Setiap hari apabila kita bangun pagi adalah hari yang baru buat diri kita.
Hari baru ibarat kehidupan yang baru.
Bersihkan luka-luka semalam dan jadikan ia sebagai pengajaran.
Tapi,bagaimana jika tiada hari baru buat kita?
Nah,itulah sebabnya blog ini dibuat.
Setelah tiada lagi hari baru, tiada lagi kehidupan baru, tiada lagi ruang dan peluang untuk memperbaiki kehidupan, setelah putusnya hubungan dengan dunia..
Diharapkan blog ini mampu menyumbang kepada kelangsungan pahala dan rahmat buat saya di alam sana.
Semoga penulisan ini diterima Allah SWT sebagai amalan yang sentiasa berbuah saham pahala untuk saya walau diri telah bersemadi di dalam liang lahad.
Allahumma ameen.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ إِلَّا مِنْ
صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَه
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan untuknya.