Kebanyakan manusia,kasihnya terhadap kita bersebab.
Kerana itu banyak berlaku,bila lenyapnya sebab,maka akan lenyap juga kasihnya terhadap kita.
Sebab kita berduit.
Sebab kita miliki kedudukan yang baik.
Sebab kita cemerlang dalam pendidikan.
Sebab kita miliki paras rupa yang elok.
Sebab kita berkuasa atau hebat.
Dan sebagainya.
Hanya Allah,satu-satunya yang mengasihi kita tanpa sebab.
Sama ada hitam atau putih,miskin atau kaya,cerdik atau bodoh,cantik atau hodoh,gemuk atau kurus..Allah tetap juga mengasihi kita.
Jadi,bilamana merasakan diri tidak disayangi dan dihargai,ataupun disayangi dan dihargai hanya kerana apa yang ada pada diri,pandanglah ke langit dan katakan pada diri
"Allah ada dan cukuplah Allah bagiku."
No comments:
Post a Comment