Wednesday, 4 March 2015

Betul ke kita takut kepada Allah?

On the way balik dari kedai baiki basikal tadi, sambil-sambil dengar ceramah UIA dalam kereta.

Tak tahu siapa punya CD. Dengor jer.

Sekejap-sekejap gelak.
Sekejap-sekejap sengih sorang-sorang. Kalau orang sebelah tengok, mesti dia fikir " Perhal minah ni drive sorang-sorang sengih sorang-sorang..." Haha.

Tapi dalam sengih dan ketawa tu, ayat-ayat yang UAI sebut sangat menyentap jiwa raga.

" Kita ni, bila dah beriman...maka cantik-cantikkanlah taqwa kita. Taqwa itu di mana? Nabi SAW kata, taqwahahuna, taqwa itu disini. "

Taqwa itu takut kepada Allah SWT. Takut di dalam hati, yang dimanifestasikan melalui perbuatan kita.

Beriman sahaja tidak cukup, kecuali dengan rahmat Allah SWT sahaja seseorang itu boleh masuk Syurga sekadar dengan iman. 

Iman itu pada secara kasarnya adalah bertelanjang, pakaiannya adalah taqwa.

Jeng. Rasa macam panjang nak berceloteh kali ni. Teruskan baca ya ^^

K, coming back to iman dan taqwa. Kita ni, selagimana masih hidup, memang kita takkan terlepas dari diuji. Allah Ta'ala dah cakap dalam Quran kan, apakah kamu rasa kamu beriman selagimana kamu belum diuji? Ujian itu datang dari segenap penjuru, sampailah kita lulus ujian tersebut. Ujian boleh datang dalam bentuk kesukaan kita, kelemahan kita, nikmat/rezeki yang kita dapat dan sebagainya.

Tetap lah dengan iman dan taqwa. Tetap lah berdoa kepada Allah Ta'ala " Ya muqallibal qulub, thabbit quluubana 'ala deenika Ya Allah.."

Tepuk dada tanya iman kita, apakah kita ini seorang yang bertaqwa, memang takut sungguh-sungguh kepada Allah Ta'ala atau sekadar cukup dengan beriman kepada Allah, kepada Rasul, kepada kitab-kitab, kepada Malaikat, kepada Hari Kiamat, kepada qada dan qadar.

Allahurabbi... Carilah Allah dalam hidup kita. Semoga diberi kekuatan yang berterusan. InshaAllah.

No comments:

Post a Comment